Keris ini bernama Keris Singa Barong berkinatah tembaga yang amat halus dan berkualiti. Dipanggil Keris Singa Barong kerana adanya Singa barong diangkut keris ataupon dapor. Dibilahnya berkinatah tembaga yang diukir halus bermotifkan ukiran bunga-bungaan dan tumbuh-tumbuhan. Kebiasaannya keris ini dimiliki oleh Raja-raja.
Singa Barong menceterekan kegagahan, kekuatan, kedaulatan sesebuah negara dan orang yang memakainya. Nilainya amat tinggi dari segi pembuatan keris ini yang mana tidak semua pandai keris yang boleh membuat keris seperti ini, hanya pandai keris yang pakar sahaja yang boleh mengolah keris seperti ini.
