Lelaki Thai curi 10,000 seluar dalam wanita




BANGKOK - Seorang lelaki yang mencuri lebih 10,000 pasang seluar dalam wanita di Thailand kemudian menyimpan pakaian dalam itu di dalam kereta akhirnya diberkas polis, kelmarin.

Mejar-Jeneral Saroj Promcharoen berkata, tangkapan dilakukan selepas suspek bersama rakannya memecah masuk ke dalam bangunan di Chinatown Bangkok.

Menurutnya, suspek mengaku mencuri dan mengumpul pakaian dalam itu sejak berumur 18 tahun dan mencium seluar dalam yang dicuri sepanjang masa walaupun semasa memandu.



@sinarharian.com.my