KEDAI KAMI
- AL-QURAN DIGITAL (7)
- BAKUL SERBAGUNA (17)
- BARANGAN ANTIK (6)
- BATU PERMATA 1 (3)
- BATU PERMATA 2 (1)
- BATU PERMATA 3 (1)
- BATU PERMATA 4 (1)
- BATU PERMATA 5 (2)
- BEG (75)
- CENDERAHATI (116)
- CINCIN 1 (24)
- CINCIN 1 (RM95 KEBAWAH) (29)
- CINCIN 2 (50)
- CINCIN 3 (50)
- CINCIN 4 (50)
- CINCIN 5 (51)
- CINCIN 6 (50)
- CINCIN 7 (50)
- CINCIN 8 (50)
- CINCIN 9 (16)
- GELANG (47)
- Hulu Keris (55)
- KERIS 1 (35)
- KERIS 2 (54)
- KERIS 3 (50)
- KERIS 4 (51)
- KERIS 5 (10)
- Keris Raksasa (2)
- Kraftangan Kaca (55)
- KRAFTANGAN KAYU (173)
- KRAFTANGAN LOGAM (10)
- KRAFTANGAN PEWTER (58)
- KRAFTANGAN ROTAN (29)
- Lain-lain (1)
- LAMPU HIASAN (3)
- MAINAN (TOYS) (4)
- MINYAK WANGI (1)
- PARANG DAN PISAU 1 (48)
- PARANG DAN PISAU 2 (5)
- PARANG DAN PISAU 3 (1)
- PAYUNG (1)
- PEDANG 1 (25)
- RANTAI (2)
- Replika Meriam (1)
- SELIPAR (11)
- TASBIH (25)
- TONGKAT (13)
- TOPI (42)
Cara benar mencintai Rasulullah
Segala puji bagi ALLAH yang memberikan nikmat Islam dan menjadikan kita umat kepada Rasul yang agung dan mulia Muhammad SAW. Segala puji bagi ALLAH yang telah mengutus kepada kita sebaik-baik risalah (al-Quran) yang dibawa Rasulullah sebagai sebaik-baik syariat agama.
Maulidur rasul kini tiba dan apa kaitannya dengan kita sebagai umat Islam? Kebanyakan masyarakat menilai Maulidur Rasul merupakan cara berkesan untuk membuktikan kecintaan kepada Nabi SAW.
Menurut mereka, melalui ceramah, perarakan dan nasyid dalam acara Maulidur Rasul berjaya membawa mereka mencintai Nabi SAW melalui penghayatan kepada kisah kehidupan dan perjuangan Nabi SAW yang penuh dengan pedoman.
Ini menurut mereka. Saya ingin kongsi di sini pedoman risalah Baginda bawa, yakni al-Quran dan as-Sunnah yang membimbing kita untuk mencintai Nabi SAW menurut Islam.
Kenapa perlu cinta kepada Nabi? Jawapannya mudah, kerana sebenarnya ia perintah Nabi SAW. “Tidak sempurna iman seseorang di antara kamu sehinggalah aku dicintai melebihi kedua orang tuanya, anak-anaknya dan semua manusia lain.” (Riwayat Bukhari).
Ali bin Abi Talib ra pernah ditanya, “Bagaimana kalian mencintai Rasulullah SAW? Beliau menjawab, “Demi ALLAH! Kami mencintai Baginda melebihi harta kami, anak-anak kami, bapa-bapa kami, ibu-ibu kami dan bahkan air yang sejuk ketika sedang dahaga.” (Rujuk al-Syifa` oleh al-Qadhi Iyadh)
Seandainya kita dalam keadaan dahaga dan ditambah pula waktu panas terik, sudah pasti tidak akan memilih air panas untuk diminum. Namun, bagi para sahabat mereka tidak demikian. Mendahulukan Nabi SAW dalam segala keadaan adalah kewajipan bagi mereka. Ini semua kerana pengaruh cinta.
Namun adakah akan wujud rasa cinta kepada Nabi SAW sekiranya kita tidak mengenal keperibadian beliau? Nabi SAW memiliki peribadi dan akhlak yang mulia lagi terpuji dan tidak dapat ditandingi oleh sesiapa pun.
Pujian ALLAH kepada Nabi SAW kerana akhlaknya yang mulia, melalui berfirman-Nya, “Dan bahawa sesungguhnya engkau (Muhammad) mempunyai akhlak yang amat mulia..” (Surah al-Qalam:4)
Sejarah telah membuktikan betapa ramai umat manusia tertarik kepada Islam setelah mereka mengenal Nabi SAW. Namun bukanlah tuntutan utama bagi kita menyebarkan cerita-cerita keajaiban akhlak Nabi SAW dan memang tidak dinafikan wujud di sana sebahagian ustaz, pakar motivasi dan khatib yang disibukkan dengan perasaan kagum dan takjub dengan cerita-cerita tersebut sedangkan sebenarnya mereka terlupa untuk menerapkan apa sebenarnya perlu dilakukan oleh umat Islam dalam berinteraksi dengan cinta dan akhlak Nabi SAW.
Kita perlu tahu tujuan utama mengenal peribadi Nabi adalah untuk melahirkan rasa cinta kepada beliau. Apabila akhlak nabi digambarkan sebagai al-Quran, sebenarnya kita perlu faham bahawa Nabi SAW telah membumikan al-Quran di dalam diri beliau, kerana itu wajib bagi kita cinta kepada beliau.
Kita tidak akan mencapai hakikat cinta kepada Nabi SAW hanya dengan mempelajari sirah Baginda sahaja. Oleh itu dengan mengikuti Baginda barulah akan tercapai hakikat cinta atau dengan istilah lain ittiba’ (ikut) dan taat dalam setiap amalan.
Beliau diikuti kerana memiliki kefahaman dan pengetahuan yang sempurna terhadap wahyu al-Quran dan as-Sunnah, tambahan pula beliau sudah mengamalkan segala perintah ALLAH dan menjauhi larangan-Nya.
Kerana itu ALLAH berfirman, “Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) ALLAH dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut ALLAH.” (Surah al-Ahzab:21)
Cinta akan dibalas dengan cinta. Ketaatan akan dibalas dengan kecintaan daripada ALLAH. ALLAH telah meletakkan syarat untuk mendapatkan cinta dan kasih sayang-Nya yang tidak ada cara lain kecuali dengan mengikuti Baginda.
Firman-Nya bermaksud, “Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika kamu (wahai manusia benar-benar) mencintai ALLAH, maka ikutilah aku, nescaya ALLAH mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu.” ALLAH Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah al-Imran:31)
Akhir sekali nasihat saya, tanggungjawab umat Muhammad yang terbesar ialah mencontohi dan mengikuti Nabi SAW dalam setiap aspek kehidupan. Kemudian istiqamah dan berterusan mempelajari sunnah dan nasihat Baginda tanpa mengira musim.
Inilah sahaja jalan mudah untuk meraih syafaat Baginda. Kita memohon kepada ALLAH agar dipertemukan dengan Nabi SAW di telaganya untuk meneguk air telaga Kautsar di akhirat kelak. Wallahualam.
@sinarharian.com.my