SHAH ALAM - Hakim Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam, menetapkan 30 April depan sebagai tarikh bicara kes tuntutan hadanah (hak penjagaan anak) pasangan kontroversi, Jimmy Shanley Norjahan Salleh dan isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy.
Hakim Mawardi Che Man, menetapkan tarikh berkenaan selepas Jimmy, selaku defendan, menyerahkan afidavit jawapan terhadap tuntutan hadanah yang difailkan isterinya itu.
Bagaimanapun, Mawardi memerintahkan pihak Jimmy, yang diwakili peguam Mohd Noor Aizan Md Idrus, mengemukakan keterangan bagi menyokong dakwaan berkenaan isu kelayakan Nursuhaila yang dipertikainya.
“Isu penjagaan anak ini sebenarnya mudah dari segi undang-undang Islam dan hukum syarak. Selagi anak itu bawah umur, hak penjagaan memang di bawah ibunya.
“Namun, memandangkan defendan menimbulkan isu kelayakan si ibu dalam afidavit balasan, maka arahkan defendan memasukkan keterangan serta bukti untuk menyokong jawapannya itu.
“Sekiranya plaintif (Nursuhaila) mahu menjawab keterangan itu, saya benarkan dalam tempoh 14 hari dari tarikh akan datang dan jika tidak ada jawapan kita terus tetapkan tarikh untuk hujahan,” katanya.
Mohd Noor Aizan ketika ditemui di luar mahkamah mengesahkan tuntutan hadanah itu difailkan Nursuhaila terhadap Jimmy pada 18 Oktober 2011.
Nursuhaila dilihat berada di premis mahkamah berkenaan, tetapi tidak masuk dalam kamar ketika kes itu disebut. Hanya peguamnya, Sa’adiah Din, yang hadir mewakilinya dalam prosiding.

@sinarharian.com.my