WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama mengeluarkan mengakui bahawa amat berisiko besar untuk mempertimbangkan serangan terhadap Iran dan kononnya tidak mahu lagi mendengar akan konflik pengeluaran minyak di negara teluk itu.
Dalam satu sesi temu bual televisyen, Obama dengan merendahkan diri berkata, beliau tidak percaya bahawa Tehran bertujuan dan berupaya untuk melakukan serangan terhadap AS dan bertegas mahukan hubungan pengakhiran diplomatik terhadap pergolakan nuklear.
“Semua jenis aktiviti ketenteraan tambahan di dalam negara teluk memberi kesan yang besar dan mengganggu AS. Ia juga memberi kesan yang besar terhadap harga minyak. Askar-askar kami (AS) masih berada di Afghanistan iaitu di sempadan Iran. Maka kami mahukan penyelesaian secara diplomatik,” kata Obama.
Kenyataan Obama itu turut suarakan jiran Iran, Turki bahawa akan terjadi bencana hebat jika serangan berlaku.
Sebelum ini, Obama mengakhiri serangan tenteranya ke atas Iraq dan mengurangkan pertempuran di Afghanistan berikutan timbul ketidakpuasan hati penduduk AS terhadap tindakan pemimpin mereka berikutan keadaan ekonomi AS yang tidak kukuh.
Jelas Obama, rakan sekutunya Israel, masih belum memutuskan terhadap respons untuk menambahkan ketegangan tetapi bimbang mengenai pelan Tehran.
Dalam pada itu, pemimpin-pemimpin Iran membalas dengan pedas mengenai spekulasi bahawa Israel boleh mengebom negara mereka dalam tempoh sebulan untuk menghentikan pembinaan senjata nuklear, dengan mengancam untuk membalas terhadap mana-mana negara yang melancarkan serangan menentang Republik Islam itu.
Jelas Iran, program nuklear mereka itu sebagai penghasilan tenaga, dan bukannya senjata.
@sinarharian.com.my