KAPAL EX-KD SRI TERENGGANU
Muzium
TLDM dilengkapi juga dengan Kapal Ex-Kd Sri Terengganu yang
disumbangkan oleh Kementerian Pertahanan dan TLDM. Kapal ronda
yang ditauliahkan pada 16 Disember 1963 telah beroperasi selama
31 tahun dan belayar sejauh 68,926 batu nautika di bawah pimpinan
24 orang Pegawaj Pemerintah. Kapal ini pernah terlibat dalam
menjaga keamanan semasa konfrontasi Indonesia dan operasi rondaan
di Pantai Timur Semenanjung.
Kapal
Ex-Kd Sri Terengganu merupakan sebuah kapal ronda Tentera Laut
Di Raja Malaysia (TLDM) dari kumpulan pertama yang ditempah
khas oleh Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dari Syarikat Vosper
Limited, Portsmouth England dalam tahun 1961. Pada tahun 1994,
TLDM telah bersetuju untuk menyerahkan kapal ini kepada Perbadanan
Muzium Melaka (PERZIM) sebagai melengkapkan lagi koleksi Muziurn
TLDM untuk tatapan masyarakat tempatan dan pelancong asing.
PERZIM telah melantik syarikat perkapalan Naval Dockyard Sdn.
Bhd. untuk membaik-pulih kapal yang menelan belanja sebanyak
RM160,000 ini sebelum di bawa ke Melaka. Pada 6 Januari 1996,
kapal ini telah selamat di bawa ke Melaka melalui jalan laut
oleh Megalith Sdn. Bhd. dengan kerjasama pegawai dan anak kapal
TLDM sendiri.
Antara
objektifnya adalah:
- Untuk melengkapkan koleksi Muzium TLDM yang sedia ada di samping menghayati sejarahnya semasa konfrantasi dengan Kerajaan Indonesia pada tahun 1963.
- Untuk mempamerkan salah sebuah kapal ronda Di Raja yang digunakan untuk mempertahankan kedaulatan negara di samping menghayati suasana di atas kapal bersama peralatan yang digunakan.