Muzium
Orang Asli terletak bersebelahan Taman Buaya, Air Keroh Melaka.
Muzium ini telah dibuka kepada orang ramai pada 3 Februarl 1997.
Muzium ini mengkhusus kepada memperagakan bahan dan peralatan
harian suku kaum asli seperti Senoi, Jah Hut dan Mah Meri.
Terdapat
lebih 5 buah galeri dan tema dipaparkan di Muzium ini seperti
kaedah-kaedah menangkap ikan, peralatan pertanian, ruang dapur
dan bilik tidur serta senjata-senjata yang digunakan. Antara
bahan tarikan ialah peralatan di rumah, alat pemburuan, upacara
sewang dan sebagainya. Muzium terbaik untuk memperkenalkan corak
hidup dan kepercayaan masyarakat yang menyimpan seribu satu
misteri.
Muzium
Orang Asli pada awalnya terletak di dalam Hutan Rekreasi Ayer
Keroh di bawah pengawasan jabatan Perhutanan sebelum dipindahkan
ke sebuah tapak baru bersebelahan Taman Buaya oleh Perbadanan
Muzium Melaka pada Disember 1996 bagi meningkatkan sambutan
orang ramai. Muzium ini diadaptasikan dari replika rumah orang
asli yang terdapat di negara ini.
Antara
objektifnya adalah:
- Untuk mempamerkan warisan serta sosio-budaya masyarakat orang asli khususnya di negeri Melaka dan Malaysia amnya.
- Mempamerkan cara hidup serta alat-alat yang digunakan sebagai keperluan harian antaranya ukiran patung, pakaian, alat memasak dan sebagainya.
- Memelihara dan menjaga warisan budaya serta pusaka orang asli yang kian pupus ditelan arus pembangunan.