MUZIUM ADAT-ISTIADAT
 

Muzium Adat Istiadat terletak di Dataran Alor Gajah, bersebelahan Tugu Keris Majlis Daerah Alor Gajah, kira-kira 25 km dari Bandar Melaka. Senibina tradisional Rumah Melayu adalah identiti utama muzium ini.
Fokus utama muzium merangkumi sejarah awal Daerah Alor Gajah termasuk gambar tokoh-tokoh daerah dan adat-istiadat perkahwinan dengan penekanan kepada Melayu Serantau. Bahan pameran termasuk pelamin, alat perhiasan diri, porselin dan peralatan adat istiadat.
Muzium Alor Gajah dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka Tan Seri Abdul Rahim bin Datuk Tamby Chik pada 19 Oktober 1990, Bangunan ini dahulunya di bawah pengawasan Majlis Daerah Alor Gajah sebelum diambil alih oleh Perbadanan Muzium Melaka.
Antara objektifnya adalah:
  • Untuk mengetengahkan pelbagai perkara mengenai adat istiadat khususnya adat perkahwinan agar tidak hilang ditelan zaman
  • Untuk mempamerkan adat resam serta budaya masyarakat berbilang kaum yang ada di Melaka.