|
Muzium
Pertanian, terletak di tengah-tengah Pekan Jasin bersebelahan
Balai Polis Jasin. Suatu ketika dahulu Daerah Jasin merupakan
pengeluar bijih timah dan hasil pertanian terawal di Melaka.
Muzium yang diwujudkan ini bertujuan untuk memaparkan sejarah
aktiviti dan ekonomi masyarakat tempatan, khususnya di bidang
pertanian.
Antara
objektifnya adalah:
- Untuk memulihara dan mempamerkan bahan-bahan penting berkaitan dengan sektor pertanian
- Untuk menjadi tempat kajian dan penyebaran maklumat mengenai sektor pertanian.
- Untuk memberi pendedahan kepada pengunjung mengenai jenis pertanian dan kepentingannya kepada ekonomi negara serta kesejahteraan rakyat. "Pertanian Menjamin Kehidupan"