Muzium
Al-Quran Melaka yang terletak bersebelahan dengan Masjid Negeri Melaka
di Kompleks Al-Azim, Bukit Palah merupakan produk pelancongan yang
berkaitan dengan Islam di Melaka. Muzium yang telah dibuka kepada
pelawat pada 10 Januari 2008 bersempena dengan Ma’al Hijrah 1429 ini
dibina bertujuan meneruskan kegemilangan Melaka sebagai negeri
bersejarah mengenai kedatangan Islam ke alam Melayu. Selain itu, muzium
ini jaga berfungsi sebagai pusat sumber ilmu serantau mengenai ilmu
Al-Quran dan pendidikan yang meliputi kebudayaan, kesenian dan warisan
Islam.
Di muzium
ini pengunjung dapat menghayati sejarah penurunan wahyu pertama sehingga
kepada perkembangannya di zaman Rasullah S.A.W., para sahabat serta ke
seluruh Timur Tengah, India, China dan Alam Melayu. Penyampaian maklumat
yang terdapat pada 12 ruang pameran utama diolah melalui panel grafik,
artifak, demostrasi dan audio visual. Turut terdapat di sini adalah
sebuah kedai muzium. Kesemua ini melengkapkan peranan muzium ini sebagai
sebuah muzium yang interaktif dan informatif.