GALERI MELAKA

Galeri ini telah dibuka pada Disember 2007 yang terletak di rumah nombor 14, Bukit Peringgit, Melaka iaitubersebelahan dengan Galeri Ketua Menteri Melaka. Galeri ini memaparkan gambar-gambar bersejarah yang berkaitan penjajahan kuasa-kuasa asing seperti Portugis, Belanda, dan Inggeris di Negeri Melaka serta perbandingan tempat-tempat bersejarah di Melaka dahulu dan sekarang melalui gambar di bahagian pameran Melaka Dahulu dan Sekarang. Selain itu turut dipamerkan adalah peristiwa-peristiwa sejarah yang penting sepanjang 50 tahun kemerdekaan negara serta buku-buku yang mencatatkan peristiwa bersejarah di negara ini serta buku-buku ilmiah mengenai tokoh-tokoh negara.
 perzim.gov.my/index_BI.htm - Cached