Islam Agamaku,Melayu Bangsaku,Malaysia Tanah Airku !







Seorang penyair Islam iaitu Muhammad al-Fituri telah menyusun satu madah seolah-olah bicaranya dengan Rasulallah Sallallahu’alaihi wasallam yang berbunyi: "Duhai Nabiku… ke atas mu seafdhal salam ku sampaikan, dari umat yang kehilangan, dicampak tamadun barat yang sesat. Duhai Nabiku… sejak kita timbus lautan dengan ampangan, kami semua mati, dada kami dipijak ternakan Yahudi."

BEGITULAH untaian syair rintihan daripada seorang umat kepada nabinya demi menyatakan keadaan umat Islam sekarang. Lebih menyedihkan, survival umat Islam kini semakin terancam dengan pelbagai tekanan yang dihadapi terutama yang datangnya daripada musuh-musuh Islam yang sentiasa melaungkan slogan permusuhan terhadap Islam dan umatnya. Peperangan di Iraq, Afghanistan, Chechnya dan Kashmir, persengketaan agama di Indonesia dan lain-lain tempat, masih lagi berlanjutan hingga sekarang. Ditambah pula dengan penderitaan rakyat Palestin yang kita sendiri tidak tahu bilakah kesudahannya, semuanya menggambarkan kepada kita betapa umat Islam kini sedang berhadapan dengan tentera-tentera salibiyah abad baru yang bukan sahaja cuba untuk menjajah bumi umat Islam, tetapi lebih daripada itu, mereka berusaha menjajah aqidah umat Islam.

Kalau kita membaca di dalam kebanyakan buku-buku sejarah yang ditulis oleh orentalis, ataupun penulis yang telah menerima didikan Kristian barat, mereka menekankan bahawa faktor pasaran perdagangan menjadi motif utama penjajahan barat ke atas negara-negara di timur. Perkara inilah yang sentiasa disogokkan di sekolah-sekolah sebagai bahan pelajaran sejarah. Namun, jika diteliti dengan mendalam, tujuan sebenarnya hanyalah untuk mengaburi mata umat Islam ditanah jajahannya, seolah-olah kedatangan mereka bukan sebagai musuh.

Mengikut kajian ahli sejarah yang sebenar, permusuhan kafir barat terhadap umat Islam pokoknya adalah disebabkan oleh faktor aqidah dan keagamaan, adapun faktor politik dan ekonomi itu hanyalah faktor sampingan. Di antara bukti-buktinya kita dapati dalam senikata lagu peransang peperangan bangsa Itali yang berbunyi :
"aku berangkat ke Tripoli dengan riang dan gembira… agar aku dapat mempersembahkan darahku, buat menghancurkan umat Islam terkutuk, akan ku perangi agama Islam, akan ku harungi peperangan sepenuh hati, untuk membanteras al-Quran… kalau orang bertanya kepadamu ibu, mengapa ibu tidak bekabung dengan kematiaanku? Maka jawablah wahai ibu… demi matiku dalam memerangi agama Islam."Yang mana akhirnya bangsa Itali telah berjaya menakluki kota Tripoli pada tahun 1911.


Bukti kedua ialah petikan daripada ucapan bekas ketua perancang Kementerian Luar negara Amerika, katanya: "… wajib kita sedar bahawa pertikaian antara kita dengan dunia arab bukan sahaja perselisihan antara manusia dan negara, akan tetapi adalah perselisihan antara tamadun Islam dan Kristian. Pertikaian ini sudah lama sejak abad pertengahan hingga sekarang, hanya caranya sahaja yang berlainan…"

Dengan dua petikan tadi jelaslah bahawa tujuan penjajahan Yahudi dan Nasrani khususnya di timur tengah adalah untuk menghancurkan Islam, malah penubuhan negara haram Israel juga adalah sebahagian perencanaan mereka. Kita tidak pernah lupa akan apa yang pernah ditegaskan oleh bekas Perdana Menteri Britain yang berketurunan Yahudi bernama Gladstone, yang mana dia berucap: "… menghapuskan Islam adalah suatu kewajipan, selagi al-Quran berada di tangan orang Islam, maka selama itu Barat tidak berupaya menguasai Timur."

Oleh itu, kita umat Islam perlu sedar bahawa orang-orang Yahudi dan Nasrani selama-lamanya akan memandang Islam dengan pandangan permusuhan, penuh kedengkian dan kefanatikan, malah mereka seia sekata dalam gerakan menghancurkan Islam serta merosakkan umatnya. Sesungguhnya amat benar dan amat tepatlah firman Allah subhanahu wa taa’la di dalam surah al-Baqarah ayat 120 yang bermaksud:"orang Yahudi dan Nasrani tidak merasa redha dan senang kecuali setelah engkau menurut cara hidup mereka."



Kita pernah diperingatkan oleh Ketua Pengarang majalah al-Alam al-Islami dalam tulisannya, yang menyatakan: "bahawa dunia Masihi biarpun daripada bermacam-macam asal-usul dan bangsanya, kesemuanya adalah musuh yang menentang dan memerang Timur umumnya dan Islam khususnya. Semua negara Nasrani bermuafakat untuk menghancurkan kerajaan Islam dengan jalan apa sahaja yang dapat mereka lakukan."


Selain Yahudi dan Nasrani, komunis juga turut memerangi Islam, ini dapat kita lihat dalam kenyataan yang dibuat oleh ketua pengarang sebuah akhbar komunis pada tahun 1952 dengan katanya: "… adalah satu perkara yang mustahil untuk dapat teguhnya ajaran komunis sebelum terhapusnya ajaran Islam sampai keakar-umbinya."

Oleh itu musuh-musuh Islam terus menerus menyusun rancangan bertujuan untuk menghancurkan Islam dan umatnya. Pertama, rancangan mereka adalah untuk menghapuskan sistem pemerintahan Islam. Rancangan itu disusuli dengan gerak kerja sehingga jatuhnya kerajaan Islam Uthmaniah yang terakhir di Turki pada tahun 1924.

Seperti mana yang terpahat dalam catatan sejarahnya, pada abad ke-16 Turki merupakan sebuah kerajaan Islam yang terbesar menguasai dan memerintah Jazirah Arab hingga ke sempadan Eropah iaitu Afrika Utara dan Morocco serta sebahagian negara-negara Eropah barat yang terkenal sekarang dengan nama Romania, Bulgaria, Yunani, Yugoslavia dan Hungary. Mereka menjadikan Laut Hitam dan Laut Mediterranean sebagai lautan Islam malah ketua-ketua negara digelar Khalifah. Pada ketika itu kerajaan Bani Uthmaniah amat ditakuti oleh negara-negara Eropah dan kaum Masihi barat.

Namun, oleh kerana pemimpin Bani Uthmaniah ketika itu leka dan lalai hingga tenggelam dalam lautan kemewahan hidup, dan telah mabuk dengan segala macam kesenangan dan kenikmatan duniawi, maka akhirnya jatuh kerajaan Islam satu persatu ketangan penjajah Barat, sehingga diadakan perjanjian damai yang terkenal dengan persidangan Luzan. Dalam perjanjian itu, Inggeris telah mensyaratkan beberapa syarat kepada kerajaan Turki, jika hendak daerah-daerah yang dijajahnya dikembalikan. Syarat-syarat tersebut adalah seperti berikut:

1. Hapuskan Khilafah Islamiyah ; usir khalifah dari Turki yang mana akhirnya dilaksanakan oleh anak didik Barat bernama Mustafa Kamal Atarturk.

2. Turki mesti membasmi semua gerakan yang dilaksanakan oleh penyokong-penyokong khalifah.

3. Turki mesti memutuskan hubungan dengan negara-negara Islam.

4. Turki dipaksa mengambil satu perlembagaan moden Barat bagi menggantikan perlembagaan yang berlandaskan Islam.

Begitulah yang telah tercatat dalam sejarah umat Islam. Oleh itu, dalam kepantasan perjalanan kita menuju ke hadapan, yang kadang-kadang meletihkan, rupa-rupanya amat perlu juga kita menoleh ke belakang, ke dalam lipatan peradaban yang kita warisi, untuk mencari semangat, kekuatan dan pendekatan baru. Mulianya umat Islam apabila Islam diamalkan dan hinanya umat Islam apabila Islam ditinggalkan.

Marilah kita bersatu menyusun langkah kita untuk membawa umat Islam kembali kepada ajaran Islam yang sebenar seterusnya mendaulatkan kembali agama ini. Jangan kita rasa berputus asa dan bersedih kerana Allah akan sentiasa menolong orang-orang yang ingin menolong agama-Nya. Firman Allah dalam surah an-Nisa’ ayat 104 yang bermaksud:"Janganlah kalian berhati lemah menghadapi musuh. Jika kamu menderita, musuh-musuh juga menderita seperti derita mu itu, bahkan kamu masih punya harapan daripada Allah, apa yang mereka tidak punya. Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana."

Adalah menjadi suatu kewajipan kepada kita untuk menghubungkan kembali umat Islam dan negara-negaranya yang telah diputuskan oleh penjajah dan menukar perlembagaan ciptaan Barat kepada perlembagaan Islam yang berteraskan al-Quran dan as-Sunnah. Sesungguhnya tugas ini masih belum selesai sehingga hari kiamat seperti kata penyair Iqbal:"Jangan menyangka bahawa tugas pembawa bejana itu telah selesai, kerana anggur itu masih punya seribu perahan lagi yang belum disentuh."

Akhirnya, marilah sama-sama kita renungkan firman Allah Taa’la di dalam surah al-Baqarah ayat 193 yang bermaksud:"dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah dan (sehingga) menjadikan agama itu semata-mata kerana Allah. Kemudian jika mereka berhenti, maka tidak ada permusuhan lagi melainkan terhadap orang-orang yang zalim."


Salam Perjuangan !