Tetap larang buku Irshad Manji

KAMI SOKONG UNTUK ALLAH DAN RASUL..
Wartawan Sinar Harian
26 Mei 2012
Irshad Manji
Kulit buku Irshad Manji
JOHOR BAHRU - Kementerian Dalam Negeri (KDN) tetap melarang pengedaran buku ditulis Irshad Manji bertajuk Allah, Cinta dan Kebebasan dan Allah, Love and Liberty.
Timbalan Menterinya, Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata, tindakan itu penting memandangkan terdapat unsur yang boleh menyesatkan umat Islam.

“Kita mengambil keputusan larangan ini setelah buku itu dikaji Jabatan Kema juan Islam Malaysia (Jakim) yang mendapati terdapat unsur yang boleh mengelirukan orang Islam.

“Sebab itu kita larang pengedaran buku ini bagi kedua- dua versi Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris,” katanya pada sidang media selepas Majlis Penganugerahan Kad Pengenalan kepada 55 penerima di Kompleks KDN, di sini, semalam.

Mengulas kemungkinan larangan masuk Irshad Manji ke negara ini, beliau berkata, buat masa ini hanya fokus kepada larangan pengedaran buku ini mengikut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.