ASAL USUL KERIS TAMING SARI…

ASAL USUL KERIS TAMING SARI…

Kata Sang Raja Wali lagi : Ada pun asal usul Keris Taming Sari itu ada kaitan dengan Kenabian. Itu sebab kuasa kesaktiannya amat menggerunkan.
Asalnya keris itu dari mata tombak, lalu diubahsuai berbentuk keris.... Dari Nabi
mana asalnya tidak perlu dikhabarkan, nanti jadi kontroversi. Setelah ribuan
tahun ianya terpendam disimpan oleh
Kadam Jin Islam, akhirnya jatuh ketangan salah seorang Wali 7 Alam Melayu.

Siapakah Wali 7 Alam Melayu itu?
Diringkaskan ada pun Wali 7 Alam Melayu itu adalah 7 beradik lelaki semua. Mereka
dari warisan nasab Ali Zainal Abidin Al Hussin, dari ibu pertama. Mereka yang
pertama ditugaskan menyibarkan Islam
diNusantara.

Maka akhirnya mereka
berhimpun sementara diBumi Melayu. Mereka diberikan tugas masing-masing,
lalu keluar bertaburan berhijrah berdakwah menyebarkan Islam diserata
Nusantara, termasuk negeri China. Maka Abang Tua (Syed”…”Al-Huss in)
diamanahkan pemegang keris tersebut.

Abang Tua ditugaskan keJawa, untuk berdakwah menyibarkan Islam, kerana
majoriti penduduk diJawa beragama Hindu. Setelah beliau berjaya
mengislamkan ramai penganut Hindu Jawa, maka berita tersebut telah sampai
kepada kerajaan Hindu Jawa. Maka beberapa pendita, sami Hindu yang handal lagi memakai kesaktian Jin, serta
kekuatan tentera Hindu Jawa, telah ditugaskan untuk membunuh Abang Tua
serta pengikutnya.
Sedang Syed”…”Al-Hussi n mengimamkan
satu solat dengan pengikutnya, lalu mereka diserang dengan menggunakan
senjata tombak Hindu serampang tiga
(trident) dan senjata lain. Lalu dibalas serangan mereka oleh Syed”…”Al-Hussin dengan senjata “Keramah Dua Jarinya”
sahaja. Maka rebah mati semua mereka itu tersungkur kebumi….

Bagaimanakah kisahnya keris tersebut jatuh kepada pemerintahan Hindu
Majapahit kemudian berada ditangan pendekar Taming Sari? Tidak pula diceritakan. Maka kisah Mahaguru Adi
Putra, Hang Tuah dan Hang Jebat itu adalah rangkaian sebab musababnya
sahaja. Kerana asalnya keris tersebut bertapak diBumi Mim, maka kembalinya
semula balik keBumi Mim. Al-Asal jadi hasil, Al-Hasil balik keasal.

Dakwaan sesetengah pihak mendakwa bangsa Melayu menciplak senjata keris
hak mereka, itu adalah dakwaan yang
sangat jauh meleset. Setelah keris tersebut dicampak oleh Hang Tuah kelaut, maka terpendamlah keris tersebut
dilaut Bumi Mim, selama-lamanya. Maka atas kuasa pemerintahan Alam Kewalian,
keris tersebut tidak dibenarkan sama sekali dimiliki oleh mana-mana pihak.

Kerana jika ianya jatuh ketangan pihak
yang tidak bertanggung-jawab, jika disalah-gunakan, ianya lebeh banyak mendatangkan kemudaratan dari
kebaikan.
Wallahu’alam ….


CARDOVA CREATIVE
LOT C 24, DATARAN PAHLAWAN MELAKA MEGAMALL
75000 BANDAR HILIR, MELAKA.
EMAIL : cardova_creative@yahoo.com
TEL : 06- 2845553 HP : 013-2665553
www.cardovacreative.com