Al-'Alim
Al-'Allamah Al-'Arif billah Al-Murabbi Al-Mursyid, Al-Syeikh
Prof. Dr. Muhammad Abdul Latif bin Al-Syeikh Muhammad Soleh
Al-Farfour Al-Hasaniyy
Tajdid atau memperbaharui pemikiran Islam adalah sebuah tema yang selalu dibicarakan dan didiskusikan oleh pemikir-pemikir dan ilmuan Islam pada masa sekarang. Pembahasan ini tidak hanya terbatas kepada tafsiran makna dari tajdid ini atau dari segi siapakah dia yang disebutkan mujaddid?
Bahkan, ketika ada seorang ilmuan yang pemikirannya ternyata sedikit menyeberangi arus perdana berpendapat bahwa pemikirannya tidak lain adalah kerana memang tajdid di dalam Islam adalah dituntut. Ini tidak lain adalah disebabkan ada sebuah hadis Sahih Nabi Muhammad SAW yang berbunyi: "?? ???? ???? ???? ????? ??? ??? ?? ???? ??? ?? ???? ??? ????? "[1] (Sesungguhnya Allah mengutus bagi umat ini pada setiap awal seratus tahun orang yang akan memperbaharui bagi umat ini akan agamanya).
Disebabkan oleh janji Rasulullah SAW melalui sabdanya tadi, perebutan title sebagai mujaddid menjadi marak. Entah dari mana sahaja golongan, bahkan sampai kepada puak liberal sekalipun berani berkata bahwa merekalah mujaddid @ pembaharu Islam pada masa kini, walaupun banyak pendapat mereka sebenarnya menolak hadis-hadis sahih itu sendiri atau bahkan al-Qur'an sekalipun dengan alasan kebebasan berfikir (liberalism).
Ulama-ulama terdahulu sudah membahas siapakah sebenarnya mujaddid menurut penafsiran mereka. Semisal, Imam al-Suyuthi sendiri mengarang bait-bait bahar rajaz yang diberi nama "???? ???????? ?????? ???????? "[2]. Di dalam bait-bait tersebut, terdapat nama-nama mengikut urutan siapakah mujaddid menurut persepsi beliau sendiri. Bahkan, Imam Suyuthi sendiri mencantumkan Imam Abu Hasan al-Asy'ari dan Imam Fakhruddin al-Razi sebagai mujaddid. Beliau juga tidak lupa berdoa agar menjadi mujaddid pada zamannya yaitu kurun ke 9 yang lalu.
Penulis sendiri sudah membaca banyak kajian tentang tajdid ini, akan tetapi sesuatu yang penulis ingin berkongsi bersama dengan para pembaca adalah tidak lain mujaddid menurut KH. Maimun Zubair, Pengasuh Pondok Pesantren al-Anwar, Sarang.[3]
KH. Maimun Zubair atau akrab dengan panggilan "Mbah Maimun" telah mengarang sebuah kitab kecil tapi sangat berharga bagi umat Islam. Kitab tersebut berjudul: "??????? ???????? ????? ???? ????? ????? ??????? ????????? ". Kyai yang pernah menziarahi Pondok al-Jendrami, Malaysia ini memulai kitabnya dengan menjelaskan siapa sahaja mujaddid tersebut menurut perspektif beliau dan diteruskan dengan masail fiqhiyyah kontemporer yang memerlukan ijtihad baru.
Secara ringkas biodata Tuan Guru Mursyid :-
Al-'Alim Al-'Allamah Al-'Arif billah Al-Murabbi Al-Mursyid, Al-Syeikh Prof. Dr. Muhammad Abdul Latif bin Al-Syeikh Muhammad Soleh Al-Farfour Al-Hasaniyy . Tuan guru dilahirkan pada tahun 1364H / 1944M di bandar Damsyik Al-Faiha’ dalam sebuah keluarga yang merupakan penduduk jati dan asal Damsyik. Keluarga tuan guru merupakan sebuah keluarga yang amat disegani dan terkenal dengan keilmuan, kehakiman dan kefatwaan sejak ratusan tahun.
Tuan guru menerima didikan ilmu agama secara talaqqi daripada ulamak-ulamak tempatan yang mulia-mulia. Hasilnya, tuan guru mempunyai beberapa ijazah keilmuan yang boleh dibanggakan daripada guru-gurunya itu. Ijazah yang paling besar ialah Ijazah daripada yang mulia bapanya, Ijazah daripada mantan mufti Syria, yang mulia al-‘allaamah Dr. Muhammad Abi al-Yusri ‘Aabidiin, Ijazah daripada sohibussamahah Mufti Maliki dan Ketua Perikatan Ulamak al-marhum asy-syed asy-syarif Muhammad al-Makkiyy al-Kattaaniyy, dan Ijazah daripada seorang ulamak hadith Mekah, Syeikh ‘Alwi ‘Abbas Al-Malikiyy (Bapa kepada AL Marhum Syeikh Mohamed Malki / Ahmad Maliki)
Al-'Alim Al-'Allamah Al-„Arif billah Al-Murabbi Al-Mursyid, Al-Syeikh Prof. Dr. Muhammad Abdul Latif bin Muhammad Soleh Al-Farfour Al-Hasaniyy Al-Dimasyqiyy merupakan salah seorang Anggota Tetap dan Setiausaha Agung Akademi Feqah Islam Antarabangsa (berpusat di Jedah), Presiden Akademi Ilmu Syria dan Rektor Universiti Pengajian Islam dan Arab, Syria.
Antara ulamak yang mengambil ijazah sanad daripada tuan guru adalah Ramai daripada ulamak-ulamak agung dunia yang berIjazah (mengambil Ijazah) daripada al-fadhil Syeikh, antaranya Syeikh Ahmad Al-Khaleliyy (Mufti Kesultanan Oman), Syeikh Profesor Dr. Bakar bin Abdulullah Abu Zaid (Presiden Akademi Feqah Islam Antarabangsa di Jeddah dan Timbalan Menteri Kehakiman Saudi), Syeikh Profesor Dr. Muhammad Said Ramadhan Al-Bouti, Syeikh Muhammad Kurayyim Rajih (Ketua Syeikh Ulamak Qiraat di Syam), Syeikh Profesor Dr. Muhammad bin Jum’ah As-Salim (Timbalan Menteri 1 Hal Ehwal Islam dan Wakaf di Abu Dhabi, Emiriah Arab), Syeikh Abdul Hamid bin Bakil (Kadi Besar Brunei), Syeikh Dr. Dalil Abu Bakr (Dekan Maahad Islam Masjid Paris, dan Dekan Universiti Paris), Sheikh Professor Dr. Wahbah Al Zuhaily (Syria)
Tuan Guru merupakan pemimpin Al-Madrasah Al-Rabbaniyyah Al-Mujaddidiyyah Al-Islamiyyah Al-Jaami’ah. Tuan Guru merupakan Ulamak Ahli Sunnah Wal jama’ah, yang bermazhab Hanafi dan bertariqah Al-Rabbaniyyah Al-Mujaddidiyyah Al-Islamiyyah Al-Jaami’ah. Al-fadhil Syeikh juga boleh mengIjazahkan semua jenis tariqah yang mu’tabar, termasuk 40 yang utama dan pecahan-pecahannya.
MUKADAM TAREKAT ROBBANIYYAH INDONESIA - PENGASUH PONDOK PESANTREN AT TAZKIYYAH AL ISLAMIYYAH, JAWA TIMUR
syeikh kh r.muhammad kholil syarifuddin robbaniy bersama K.H embah yai maimun zubeir semasa zirah embah pada mac 2012.
Posted 26th March by otam67