Tokoh Mujahdid kurun 14 Al-Alim Al-Alamah Al-Arif Billah Al-Murabbi Al-Mursyid Syeikh Prof. Dr. Muhammad Abdul Latif bin Muhammad Soleh Al-Farfour Al-Hasaniyy Al-Dimasyqiyy AL Mujahdidi
Al Fadhil Al-Alim Al-Alamah Arib billah Al-Murabbi Al-Mursyid Tuan Guru, Syeikh Prof. Dr. Muhammad Abdul Latif bin Muhammad Soleh Al-Farfour Al-Hasaniyy Al-Dimasyqiyy , dilahirkan pada tahun 1364H / 1944M di bandar Damsyik Al-Faiha. dalam sebuah keluarga yang merupakan penduduk jati dan asal Damsyik. Keluarga tuan guru merupakan sebuah keluarga yang amat disegani dan terkenal dengan keilmuan, kehakiman dan kefatwaan sejak ratusan tahun.
Menerima didikan ilmu agama secara talaqqi daripada ulamak-ulamak tempatan yang mulia-mulia. Ulamak yang lebih banyak menghulurkan tangan bimbingan ilmu kepadanya ialah bapanya sendiri, iaitu sohibussamahah murabbi agung al-.allaamah Syeikh Muhammad Soleh Al-Farfour Al-Hasaniyy, seorang sasterawan dan penyair yang faqeh (alim feqah), usuliyy (alim ilmu usul feqah), mutakallim (alim ilmu tauhid) dan nazzor (alim ilmu munazorah) . moga Allah merahmati dan meredhainya .
Mempunyai beberapa ijazah keilmuan yang boleh dibanggakan daripada guru-gurunya itu. Ijazah yang paling besar ialah Ijazah daripada yang mulia bapanya, Ijazah daripada mantan mufti Syria, yang mulia al-.allaamah Dr. Muhammad Abi al-Yusri .Aabidiin, Ijazah daripada sohibussamahah Mufti Maliki dan Ketua Perikatan Ulamak al-marhum asy-syed asy-syarif Muhammad al-Makkiyy al-Kattaaniyy, . moga Allah merahmatinya ., dan Ijazah daripada seorang ulamak hadith Mekah, Syeikh .Alwi .Abbas Al-Malikiyy . moga Allah melimpahkan rahmat dan redhaNya keatas mereka dan selain mereka.
Mendapat pengajian awal di sekolah rasmi dengan cemerlang sehingga berjaya menyambung ke peringkat universiti dan menamatkan pengajian dalam bidang syari.ah melalui penulisan tesis kajian berbentuk ilmiah di Universiti Syria, Damsyik. Seterusnya, tuan guru melengkapkan pengkayaan ilmunya di Universiti Al-Azhar yang ulung, dan berjaya pada peringkat Sarjana Muda (BA) Undang-undang dengan kepujian, Sarjana (MA) Feqah Perbandingan dengan Undang-undang (1972M)
Melalui satu tesis kajian ilmiah yang dibentang dan dibahasnya dibawah tajuk ¡°Teori Istihsan dalam Perundangan Islam dan Kesannya Terhadap Masolih Mursalah¡± dengan keputusan Kepujian Kelas Pertama. Pada tahun 1978M, tuan guru telah membentangkan satu lagi tesis ilmiahnya di bawah tajuk Ibn .Aabidiin dan Kesannya Terhadap Feqah Islami .
Satu Kajian Perbandingan dengan Undang-undang. Tesisnya ini telah dibahas dan diperdebat secara terbuka oleh barisan panel yang diketuai oleh al-.allaamah agung, al-marhum Syeikh Profesor Dr. Abdul Ghani Muhammad Abdul Khaleq . moga Allah merahmatinya .Panel itu dianggotai oleh beberapa orang ulamak besar universiti yang rata-ratanya merupakan ulamak agung Syari.ah Islam, dan satu barisan tokoh undang-undang. Senat Universiti pada 26hb. Julai 1978 telah menanugerahkan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dengan keputusan (Kepujian Kelas Pertama, dan permintaan agar dicetak tesisnya itu dengan tanggungan daripada pihak universiti untuk dijadikan tesis tukaran diantara universiti-universiti dunia) oleh Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Al-Azhar.
Sentiasa mengajar dalam kelas-kelas ilmu dan kelas-kelas umum, dan menyampaikan kuliah ilmu tentang syari.ah, Bahasa Arab dan Usuluddin. Tuan guru telah mengasaskan satu pergerakan ilmu yang telah melahirkan barisan pekerja yang terpilih dan membuahkan hasil yang cukup baik dan mempunyai kelas-kelas ilmu untuk orang awam di beberapa buah masjid, antaranya Masjid Jami. Al-Saadaat Aqsob, Damsyik dan Masjid Jami. Al-Darwisyiyyah, Damsyik
Kegiatan pengajian / dakwah ,amat banyak, antaranya ialah:-
1. Gerakan ilmu seperti pengasasan Mujamma, Masjid Al-Aqsoob Al-Islami.
2. Majma. Ilmiyy .Aali telah diwujudkan di bawah Mujamma. ini pada tahun 1410H / 1990M, dimana sekitar 80 orang profesor daripada serata dunia Islam dan Arab telah menjadi ahli anggota majlis tertingginya.
3. Pembentukan sebuah akademi ilmu peringkat pengkhususan dengan nama ¡°Akademi Peradaban Pengajian Arab dan Islam¡± telah dilahirkan di bawah Mujamma. ini.
4. Maahad al-Quran dan Pusat Qiraat dengan nama ¡°Pusat Qiraat Al-Quran Al-Allaamah Syeikh Muhammad Soleh Al-Farfour Al-Hasaniyy¡±.
5. Akademi Peradaban Pengajian Arab dan Islam mempunyai tiga peringkat pengajian, iaitu Ijazah pertama atau Sarjana Muda (BA), Ijazah Pengkhususan atau Sarjana (MA) dan Ijazah Kedoktoran (Ph.D).
6. Menulis tesis dan artikel dalam pelbagai bidang dan tajuk, dan tulisan-tulisannya itu kebanyakannya telah diterbitkan oleh beberapa majalah, seperti:- Majalah Majma. Al-Lughah Al-Arabi, Damsyik. Majalah Al-Faisal dan Majalah Al-Arabiyyah, Saudi Arabia. Majalah Nahj Al-Islam, terbitan Kementerian Agama, Republik Arab Syria. Majalah Ath-Thaqafah Ad-Dimasyqiyyah (bulanan). Majalah At-Tamaddun Al-Islami, Damsyik.
7.Majalah Al-Mauqif Al-Adabi, Syria. Majalah Tisyriin (Mingguan). Majalah Tisyriin Timur Tengah.
Memberi ucapan dan membuat pembentangan dalam beberapa Persidangan Antarabangsa yang dihadirinya seperti:-
Persidangan Penubuhan Akademi Feqah Islam Antarabangsa Mekah Al- Mukarramah pada bulan Jun, 1983M. Tuan guru menjadi ketua rombongan (lantikan khas daripada Presiden) yang terdiri daripada beberapa orang menteri dan ketua-ketua kementerian negara menghadiri persidangan ini. Akademi Feqah Islam Antarabangsa (Jedah). Tuan guru merupakan salah seorang anggota pengasas, dan ahli tetap akademi di atas kapasitinya sebagai wakil Republik Arab Syria dan Ketua Bahagian Perancangan Akademi yang disandangnya sejak awal tahun 1404H / 1983M lagi.
Forum Pemikiran Islam Antarabangsa, Algeria sebagai Profesor Pembentang dengan kedudukannya sebagai tetamu rasmi Kerajaan Algeria selama beberapa siri. Pada tahun 1988M pula, tuan guru dijemput sebagai Profesor Pelawat ke Jabatan Pengajian Peringkat Sarjana, Universiti Algeria.
Tuan guru juga . atas jemputan rasmi . telah melawat negara Mesir, Jordan, Palestin, Lubnan, Arab Saudi, Algeria, Brunei, Oman, Kuwait, Turki, Iran, Sudan, Maroco, Bahrain, dan Qatar sebagai Profesor Pelawat ke universiti-universiti mereka dan sebagai anggota kepada beberapa persidangan ilmiah yang pelbagai, dan menyampaikan kuliah di beberapa buah universiti negara Arab.
Tuan guru juga . beberapa kali . telah menghadiri beberapa siri persidangan ulamak sufi peringkat antarabangsa yang dianjurkan oleh beberapa buah negara lain, antaranya negara Malaysia.( iaitu pembentang kertas kerjas di persidang OIC di Malaysia and Persidang Uamak Sufi Sedunia di Negeri Sembilan (Di anjurkan Oleh Jabatan /Mufti NS)
Bagi melahirkan generasi pelapis yang hebat, maka perlu bagi kita untuk memastikan diri kita ditarbiyah oleh seorang guru yang sangat hebat. Dalam kata lainnya, kita perlukan SEORANG MURABBI.
Dengan kekuatan dan pengalaman yang Allah S.W.T. anugerahkan kepada Al-Fadhil Al-Alim Al-.Arif billah Al-Murabbi Al-Mursyid Tuan Guru, Syeikh Prof. Dr. Muhammad Abdul Latif bin Muhammad Soleh Al-Farfour Al-Hasaniyy Al-Dimasyqiyy yang diamanahkan membentuk generasi pendakwah rabbani.
Keterangan lanjut mengenai pilihan tokoh mujadid kurun 14, sila rujuk kitab yang di karang oleh KH Maimun , Sarang seperti petikan di bawah:-
.