GALERI LAKSAMANA CHENG HO
Galeri Laksamana Cheng
Ho diilhamkan daripada kisah tokoh pelayar agung China iaitu
Laksamana Cheng Ho (Zheng He) yang telah dilahirkan pada 1371
di Hodai, sebuah kampung di Daerah Bao San di Yunan. Beliau
diberikan nama Ma Ho dan nama kecilnya San Bao.
Galeri ini memaparkan kisah pelayaran beliau ke
lautan selatan di samping kejayaan beliau memupuk perhubungan
persaudaraan di antara China dan negara-negara Afrika dan Asia serta
membuka pintu untuk menjalankan perniagaan yang adil.
Kedudukan galeri ini adalah di anjung kanan
Bangunan Stadthyus (Muzium Sejarah dan Ethnografi) dan berada di
antara Muzium Sastera, Muzium Sejarah & Ethnografi dan Muzium
Pemerintahan Demokrasi. Antara bahan pamerannya adalah bahan
porselin, replika kapal, koleksi buku yang menceritakan riwayat
Laksamana Cheng Ho dan artikel-artikel yang berkaitan.
Galeri Laksamana Cheng Ho ini telah dibuka kepada
awam pada Februari 2003.