MUZIUM ISLAM MELAKA
Penubuhan Muzium Islam Melaka adalah bertujuan
menjadikannya sebagai pusat pengumpulan, penyelidikan, pemuliharaan
dan pameran koleksi bahan yang berorientasikan Islam sejajar
dengan peranan Melaka sebagai Pusat Penyebaran Islam di Nusantara
suatu ketika dulu dan perkembangan Islam di Malaysia dewasa
ini.
Muzium Islam Melaka ditempatkan
di bangunan lama Pejabat Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Jalan
Kota, Melaka. Rekabentuk dalaman muzium ini berkonsepkan imbasan
suasana kegemilangan Islam di Melaka dan Nusantara dengan memaparkan
gabungan identiti kesenian Islam secara global dan kesenian
Islam di Nusantara khususnya Melaka.
Kaedah pameran dan penyampaian
maklumat pula diolah melalui lapan ruang pameran utama yang
jelas turutannya dengan tema-tema tertentu. Ini untuk memudahkan
para pelawat memahami mesej, perjalanan sejarah dan pengalaman
yang ingin disampaikan.
Antara objektifnya adalah:
- Menggambarkan keagungan Islam sebagal Ad-Din dan kecemerlangan ketamadunannya.
- Menggalakkan perkembangan ilmu pengetahuan berteraskan Islam bagi pelawat dan pengkaji serta mereka yang berminat untuk mendalami sejarah dan warisan peninggalan Melaka.
- Memberi gambaran sebenar peranan Melaka sebagai pusat penyebaran dan perkembangan Islam sejak Zaman Kesultanan Melaka serta hubungannya dengan pusat tamadun Islam di Asia Tenggara juga dengan negara India, Parsi, China dan Arab.