Kerambit 2 - Kerambit Semar


Kerambit ini diperbuat daripada besi berkualiti yang matanya amat tajam dan keras. Bilah matanya besi sebatang bersama dengan pemegangnya. 


Kerambit ini dipanggil kerambit semar kerana sarong yang digunakan oleh kerambit ini.


Kerambit ini biasanya dipakai oleh panglima Melayu yang mahir dalam dunia persilatan kerambit yang mana kerambit ini boleh dipusingkan ke mana arah mengikut kemahiran pemakai.


Pemegang kerambit ini berukir halus tetapi selesa bila digenggam.