Showing posts with label KERAMBIT. Show all posts
Showing posts with label KERAMBIT. Show all posts

Kerambit 1 - Lawi Ayam


Kerambit adalah senjata kecil yang tersembunyi dan ditakuti oleh musuh kerana ia tidak kita ketahaui dan amat merbahaya walaupun kecil. Biasanya kerambit ini disimpan di pinggang dengan secara tersembunyi dan ada jua kerambit ini disimpan di sanggul oleh kaum wanita untuk perlindungan diri.


Sarungnya daripada kulit dan ulitnya daripada kayu.


Di bilahnya berwafak ayat-ayat keselamatan.



Kerambit 2 - Kerambit Semar


Kerambit ini diperbuat daripada besi berkualiti yang matanya amat tajam dan keras. Bilah matanya besi sebatang bersama dengan pemegangnya. 


Kerambit ini dipanggil kerambit semar kerana sarong yang digunakan oleh kerambit ini.


Kerambit ini biasanya dipakai oleh panglima Melayu yang mahir dalam dunia persilatan kerambit yang mana kerambit ini boleh dipusingkan ke mana arah mengikut kemahiran pemakai.


Pemegang kerambit ini berukir halus tetapi selesa bila digenggam.


Kerambit 3 - Balong Ayam


Diperbuat daripada besi yang berkualiti yang biasa digunakan oleh panglima Melayu di arena persilatan bagi tujuan  pertahanan diri.


Kerambit adalah senjata tersembunyi yang amat merbahaya.


Dinamakan kerambit balong ayam kerana bilah matanya seakan balong ayam. Cara pembuatannya sangat halus mudah digenggam dan anda boleh lihat di pemegangnya telah dibajikan kayu bersama dengan besi kerambit. 


Kerambit ini kayu pemegangnya diperbuat daripada kayu kemuning emas dan sarongnya adalah camporan kayu kemuning dan jati gading.

Kerambit 4 - Balong Ayam


Diperbuat daripada besi terpilih yang berkualiti yang digunakan untuk bertarong kerana besinya amat keras dan tajam.

Kerambit seperti ini boleh digunakan untuk mengkilas senjata musuh kerana kekerasan besi dan ia diperbuat dari bilah mata hingga ke cincinnya daripada besi sebatang yang sama.


Tidak rugi jika anda memiliki senjata seperti ini untuk diperbuat perhiasan dan koleksi peribadi. Tapi salah jika anda bawa kemana-mana, jika disimpan di dalam rumah sebagai mempertahankan diri anda tidak akan didakwa.

Ingat!!!



Kerambit 5 - Balong Ayam


Kerambit ini diperbuat daripada besi terpilih berkualiti tinggi yang biasa digunakan untu membuat senjata-senjata yang tajam dan ampuh. Biasanya besi ini didapati daripada besi-besi yang dibuat pedang.


Sarong kerambit ini diperbuat daripada kulit.


Inilah senjata Melayu sulit yang digunakan oleh panglima zaman dahulu.