PETALING JAYA - Ceramah Pakatan Rakyat sekali lagi diganggu dan kali ini melibatkan serangan ke atas Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar ketika menyampaikan ceramah di Felda Lepar Hilir, Gambang, Kuantan kelmarin.
Ceramah yang bermula 8.30 malam itu turut disertai Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad yang dianjurkan cabang PKR kawasan tersebut.
Menurutnya, sebelum ceramah diadakan, hampir 30 orang berada berdekatan dengan tempat kejadian dengan memegang bendera dan menyanyikan lagu Umno dan Barisan Nasional.
“Ketika giliran saya menyampaikan ceramah, seorang lelaki memakai baju berwarna merah meluru ke arah saya dan menunjukkan tangan seolah-olah mahu menumbuk, tetapi di halang penyokong yang berada berdekatan.
“Kami terpaksa menghentikan ceramah atas nasihat polis walaupun baru beberapa minit memulakan ucapan,” katanya selepas membuat laporan polis di Balai Polis Merchant Square, di sini, semalam.
Beliau berkata, ceramah tersebut sudah dimaklumkan kepada polis dan mereka yang menyerang ceramah tersebut dipercayai orang tempatan.
“Saya menganggap kejadian ini satu serangan menggila daripada mereka yang tidak bertanggungjawab sebagai usaha melumpuhkan usaha kami.
“Kami hanya mahu memberi penerangan kepada penduduk setempat dan serangan yang dilakukan dianggap provokasi kepada parti terutama untuk menarik perhatian pengundi,” katanya kepada Sinar Harian.

@sinarharian.com.my