Rumah Tradisional di Merlimau
terletak
di Pekan Merlimau kira-kira 22 km dari Bandar Melaka menghala
ke Muar. Rumah unik bersenibina campuran ini di bina dalam
tahun 1914 oleh Datuk Penghulu Abdul Ghani, Penghulu Kawasan
Merlimau. Ianya dikatakan bersenibina campuran kerana terdapat
pelbagai senibina yang mewakili pelbagai bangsa. Setelah
Penghulu Abdul Ghani meninggal clunia, beliau telah digantikan
oleh anaknya Mohd Natar dan rumah tersebut dikenali sebagai
rumah Penghulu Md. Natar bagaimanapun warisnya lebih suka
rumah tersebut dikenali sebagai Rumah Penghulu Abdul Ghani.